Saturday, June 9, 2012

goodbye holiday . hello school


dah habis pun cuti sekolah kan. cuti dua minggu je. manalah puas. haha . bersyukur lah dengan ape yang kita dapat tu. walaupun cuti dua minggu je, tapi amat bermakna kan? dapat cuti dari kene bebel dengan cikgu, dapat cuti dari pakaian uniform, dapat cuti bangun awal, dapat cuti mandi awal pagi. tapi homewok je tak boleh cuti. puihhh. haha. cuti dua minggu tapi homework satu ape pun aku tak siap. baru gangster . dulu aku tak siap homework sampai cikgu tak puas hati tanya kenapa aku tak siap kerja dia. aku ni jujur sangat sampai aku jawab ' saya memang malas nak buat kerja sekolah cikgu' . time tu aku rasa macam ganster sangat. hahahahaha. gilaa. 
naik sekolah ni aku dah ready nak kene maki dengan cikgu sains sukan aku. aku tak siap lagi kerja power point yang dia suruh tu. aku memang malas ah. tunggu je lah nanti dia marah. sorry cikgu. hmmmm . nak SPM tapi pemalas aku ni level 96 dah. hebat kan. hehe
cuti sekolah aku tak jalan mana pun. cik ayah aku ni kerja je. tak dapat cuti. cuma haritu aku pergi cameron highland kejap. boleh lah buat hilang bosan time cuti kan. cik ibu yang beria ajak aku pergi sana. aku malas nak pergi sebenarnya. tapi kesian lah kat cik ibu yang sungguh2 pujuk aku ikut dia. demi cik ibu, aku sanggup. hahahaha. ayat macam mintak penampar 73 kali. nasib baik lah tempat tu tak bosan. 
naik sekolah nanti mesti semua muka seposen je. aku lah tu. haha. tapi nanti ada satu soalan yang famous di kalangan pelajar . 'wey, kerja asdfghjkl yg cikgu bagi tu dah siap? aku nak pinjam lah' . aku selalu guna ayat tu, memang muka pemalu aku ni. haha. lepasni dah takde lagi lah aku nak kejut orang bangun pagi. bosan lah kehidupan aku pagi2 lepas ni. takpe . sabtu ahad ada lagi. hmm aku takde nak cakap ape dah. okayy babaiii. yang baik datangnya dari Allah , yang buruk datangnya dari kesilapann aku sendiri. kalau ada typo atau terkurang ajar tu , maaf kan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki. assalamualaikum .

 ILY MFI 

0 ulasan:

Post a Comment


SHout







ShoutMix chat widget

tolong bagi makan yer ;)

 
Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected